Ahad, 12 Mei 2013

RANCANGAN PENGAJARAN MASTERI~~ KPD OH KPD 2~~

hye~~~ assigment oh assigmnet... ok~~ sekarang ni mel akan upload RPH mel yang ke 2 , juga hasil daripada idea sendiri~~ oh my KPD.....RPH ni pula lebih kepada pembelajaran dalam kelas menggunakan pendekatan masteri..... mel kenalah practicelah buat RPH kalo nak betul-betul nak hasilkan RPH yang terbaik.... walaupun idea sendiri tetapi mel buat juga rujukan daripada buku dan internet tetapi paling penting mel dapatkan rujukan daripada pensyarah mel sendiri.. DR CHE SOH SAID..yelah pensyarah mel lagi expert dan senang nak komen mel punya RPH ON THE SPOT. heheh jadinya, lagilah tepat RPH mel ni..

                        Ada muka bakal guru tak??? heheh merah kuning lagi..  saja jerk masukkan untuk ceriakan Blog mel ni~~ hehe harap-harap boleh jadi pendidik macam Dr.Che Soh Said.. AMINNNN!

ok2.. yang bawah ni mel punya RPH .. harap-harap ada bakat jadi guru~~~ =)



            RANCANGAN MENGAJAR

Sekolah:  Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat

Subjek:  Lukisan Kejuruteraan

Tarikh:   18 Mac 2013             Tingkatan : 4 Pintar

Masa : Tujuh Puluh   [ 70  minit]

Kehadiran:  30 Orang

Topik:  Lukisan Ortografik

Hasil Pembelajaran :
·         Di akhir topik ini pelajar akan dapat menerangkan konsep dan simbol satah unjuran sudut ketiga

Objektif Pembelajaran : 
·         Di akhir pembelajaran ini pelajar akan dapat :
1.      Membina unjuran ortografik sudut ketiga bagi bongkah geometri
2.      Menerangkan prinsip sukuan unjuran sudut ketiga

Pengetahuan Sedia Ada
1.      Pelajar telah mengetahui tentang prinsip lakaran
2.      Pelajar telah membuat  beberapa bentuk geometri seperti segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga bulatan, elips dan parabola.

Pendekatan : Masteri

Strategi : Berpusatkan guru dan pelajar.

Alat Bantu Mengajar
a.       Projektor
b.      Skrin
c.       Set lukisan kejuruteraan

Bahan Bantu Mengajar
a.   Buku Rujukan
b.  Bongkah  Pelbagai Bentuk
c.  Video
d.  Lembaran Kerja


Langkah Pembelajaran       


Langkah
Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Bahan / Nota
Guru
Murid
Set Induksi
5 minutes
(9:00 – 9:05)
Menarik perhatian pelajar terhadap isi pembelajaran
Guru menayangkan video  seorang  pelukis yang melukis lukisan ortografik
Murid melihat tayangan video
 Video
Langkah 1
5 minit
(9:05 – 9:10)
Nyatakan objektif pembelajaran dan orientasikan pelajar kepada pengajaran
Guru menerangkan objektif pembelajaran
Murid mendengar penerangan guru


Langkah 2
10 minit
( 9.10 -9.20)
Persembahkan kandungan baru.

Ø Guru menunjukkan beberapa jenis lukisan ortografik yang sudah siap
Ø Guru menunjukkan teknik lukisan ortografik pada sudut ketiga
Pelajar melakar lukisan yang dilukis oleh guru
Bongkah berbagai bentuk
Langkah 3
15 minit
(9.20- 9.35)
Membuat latihan
Dan penilaian
Ø  Guru melukis satu lukisan ortografik yang baru dan meminta pelajar melukis lukisan tersebut.
Ø  Guru mengutip lukisan dan membuat penilaian.
Ø  Guru membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan mengikut tahap kepandaian
      1. lemah
      2. sederhana
      3. cemerlang
Ø  Pelajar melukis lukisan yang ditayangan



Ø Pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing

Langkah 4
10 minit
(9.35 – 9.45)
·   Pengkayaan
·   Peneguhan
·   Pemulihan

Guru memberi latihan kepada setiap kumpulan dengan tahap latihan yang berbeza-beza mengikut kumpulan masing-masing
Pelajar membuat lukisan yang diberikan
Lembaran kerja

Langkah 5
15 minit
(9:45 –10.00)
Penilaian dan peneguhan semula
Ø  Guru menilai lukisan yang telah dilukis oleh pelajar
Ø  Guru mengenal pasti setiap kelemahan pelajar
Ø  Guru menunjukkan semula teknik melukis dengan betul
Pelajar memberikan tumpuan kepada penerangan yanag diberikan oleh guru dan mereka mengetahui kelemahan mereka

Langkah 6
10 minutes
(10.00-10.10)

Maklum balas , kefahaman dan rumusan

Ø Guru menanyakan dengan pelajar tentang pembelajaran yang diajar.
Ø Guru membuat rumusan terhadap pencapaaian pelajar berdasarkan pelajaran yang dipelajari.
Ø Guru memberikan tugasan tambahan kepada pelajar agar mereka lebih memahami tajuk ortografik
Ø Pelajar memberikan respon
Ø Pelajar perlu menyiapkan tugasan tambahan yang diberikan oleh guru mereka.
Lembaran Kerja
Buku rujukan

 

Refleksi :  ________________________________________________________________________

OK.. settle untuk rph yang kedua ini~~ alhamdulillah

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan