Ahad, 12 Mei 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN _ KPD OH KPD 3

Lukisan isometri adalah lukisan  lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu ukuran lebar, tinggi dan dalam.  hah!! inilah tajuk RPH mel yang ketiga... lukisan isometri menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif~~ heheh ~~ IDEA SENDIRI JUGAK TAW~~ nampak taw.. pensyarah kelas mel sayangkan pelajarnya.. apabila dah buat banyak RPH kita boleh memperbaiki lagi teknik-teknik membuat RPH ni...Yelah... bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nakjadi susah.. moralnya. usaha tangga kejayaan..  sebelum mel upload RPH mel. apakata mel upload gamabr lukisan isometri untuk menambahkan lagi ilmu-ilmu yang ada..heheh

ok kawan-kawan inilah contoh lukisan isometri..kepada pelajar yang ambil subjek lukisan kejuruteraan kat sekolah mesti tahu nak buatnyakan... seronok belajar subjek ini =) 

ini plak gamabr lakaran..... agak-agak senang ke susah nak baut lukisan ini~~~ kalo nak tahu.. ce cuba =)









ok sekarang mel akan tunjukkan pula contoh RPH lukisan isometri ni plak...  harap-harap betullah ~~~  AMINNN





            RANCANGAN MENGAJAR (BERPUSATKAN PELAJAR)

Sekolah:  Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat



Subjek:  Lukisan Kejuruteraan



Tarikh:   16 April 2013            Tingkatan : 4 Topaz



Masa : Tujuh Puluh   [ 70  minit]



Kehadiran:  30 Orang



Topik:  Lukisan isometri



Hasil Pembelajaran :

·         Di akhir topik ini pelajar akan dapat menghasilkan sendiri lukisan isometri dan juga dapat mendimensikan lukisan tersebut.



Objektif Pembelajaran :

·         Di akhir pembelajaran ini pelajar akan dapat :

1.      Menghasilkan beberapa lukisan isometri pelbagai bentuk

2.      Mendimensikan lukisan isometri dengan kaedah yang betul



Pengetahuan Sedia Ada

1.      Pelajar telah mengetahui asas unjuran orthografik

2.      Pelajar mempunyai asas pengetahuan sudut 30° dan sudut 45°



Pendekatan : Koperatif



Strategi : Berpusatkan pelajar





Bahan Bantu Mengajar

a.       Bongkah  pelbagai bentuk

b.      Video

c.       Lembaran Kerja



Alat Bantu Mengajar

a.       Projektor

b.      Skrin

c.       Set lukisan kejuruteraan






Langkah Pembelajaran       




Langkah
Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Bahan / Nota
Guru
Murid
Set Induksi
5 minutes
(9.00 – 9.05)
Menarik perhatian pelajar terhadap isi pembelajaran
Guru menayangkan video seorang lelaki melukisan lukisan isometri
Murid melihat tayangan video
 Video
Langkah 1
5 minit
(9.05 – 9.10)
Nyatakan objektif pembelajaran dan orientasikan pelajar kepada pengajaran.

 Guru memberitahu murid   mengenai tajuk-tajuk yang akan diajar di dalam kelas.
Murid mendengar penerangan guru
Bongkah pelbagai bentuk
Langkah 2
5 minit
(9.10 – 9.15)
Pembahagian kumpulan
 Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil
Murid duduk di dalam kumpulan yang telah dibahagikan oleh guru dan melantik seorang kumpulan bagi setiap kumpulan masing-masing.

Langkah 3
10 minit
(9.15– 9.25)

Persembahkan kandungan baru.

Guru memberitahu tentang lukisan isometri dan menunjukkan beberapa jenis lukisan isometri yang sudah siap
Murid melihat contoh lukisan dan cuba melakar lukisan tersebut dengan serta-merta.

Langkah 4
10 minit
(9.25 – 9.35)
Pengajaran kepada teknik lukisan
Guru melukis lukisan isometri di papan putih sambil menunjukkan teknik-teknik yang betul dan juga memberitahu cara mendimensikan lukisan
Pelajar membuat lukisan isometri yang dilukis oleh guru dan mendimensikan luisan tersebut

Langkah 5
15 minit
(9.35 – 9.50)
Membuat latihan dan penilaian
·    Guru menayangkan beberapa bongkah yang berbentuk senang yang kepada pelajar
·    Guru memberikan beberapa helai  lukisan isometri kepada pelajar
·    Guru melihat pelajar membuat kerja sambil membantu perkara yang perlu.

·   Ketua kumpulan dan ahli kumpulan berbincang dan melukis bongkah yang berada dihadapan bersama-sama.
·   Ketua kumpulan membahagikan beberapa helai kertas di dalam kumpulan masing-masing dan melukis lukisan isometri berdasarkan kertas yang diberikan oleh guru
Bongkah
Lembaran kerja


Langkah 6
10 minit
 9.50-10.00

Penilaian persembahan kumpulan
·   Guru menyuruh setiap kumpulan membentangkan hasil kerja masing-masing
·   Guru membuat penilaian keatas pelajar berdasarkan kerja mereka

·   Setiap pelajar dalam kumpulan bentangkan hasil kerja mereka.
·   Pelajar dapat mengetahui kelemahan mereka dan akan memperbaikinya selepas ini.

Langkah 5
10 minit
(10.00 – 10.10)
Rumusan
·   Guru membuat  rumusan tentang lukisan isomtri dan kegunaannya dan memberitahu kepada pelajar untuk bersedia pada pembelajaran minggu hadapan.
·   Guru memberikan tugasan kepada setiap pelajar sebagai tugasan tambahan agar mereka lebih faham
·   Pelajar mendengar dan perlu membuat persediaan pada pembelajaran yang akan datang.
·   Pelajar perlu menyiapakan tugasan yang diberikan.
Lembaran kerja



 


Refleksi : _____________________________________________________________________



OK Selesai KETIGA-TIGA PRH yang mel kena buat~~~ alhamdulillah... Lepas ni mel akan cuba upload video orang  membuat lukisan kejuruteraan plak~~harap-harap kamu boleh fahamlah yerk~~ 

AMIN~~ 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan